Siapa sangka seorang pemain profesional League of Legends mampu untuk membeli sebuah bangunan.
Ini yang dilakukan oleh pemain profesional League of Legends Lee “Faker” Sang-hyeok yang juga lagenda dan antara pemain paling hebat di dalam dunia permainan MOBA itu.
Bangunan ini juga digelar sebagai Faker Tower yang sudah terbukti dinamakan bersempena namanya.
Faker Tower bertempat di 114-12 Hwagok-dong di Gangseo, Seoul.
Bangunan ini mempunyai sembilan tingkat dan dua tingkat bawah termasuk kemudahan perubatan dan kafe.
Tingkat atas sekali pula menjadi tempat syarikat Faker berada.
Faker juga adalah antara pemain e-sukan di dunia yang bergaji tinggi.
Dia dilaporkan berjaya memperoleh sebanyak $AS 5.8 juta (RM25.65 juta) untuk tahun lepas sahaja.
Malah Doublelift, seorang pemain profesional Amerika Utara mengatakan jika Faker tidak mempunyai gaji, pelaburan yang dibuat olehnya cukup untuk buat dia terus pencen begitu sahaja.