League of Legends mengacah beberapa rekaan skin champion berasaskan Arcane

Bulan lalu, pihak Riot mengumumkan secara rasmi trailer bagi siri animasi berasaskan permainan League of Legends mereka, Arcane yang akan ditayangkan di Netflix pada 6 November ini.

Baru-baru ini, pihak League of Legends dikatakan mengacah beberapa splash art menunjukkan beberapa kulit yang bersasakan siri animasi itu bagi Caitlyn, Jinx, Jayce dan Vi. 

Dikatakan rekaan ini adalah sebahagian daripada pelancaran Set 6 bagi permainan Teamfight Tactics. 

Berdasarkan rekaan splash art ini, kelihatan empat champion ini direka dengan rekaan yang diinspirasikan daripada siri Arcane. Bahkan, rekaan Caitlyn juga berbeza berbanding rekaan asalnya dengan tanpa topi. 

Dikatakan, rekaan baru Caitlyn ini akan tiba untuk musim ke 12 ini.

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi daripada pihak League of Legends mengenai pelancaran skin ini bagi League of Legends. 

Sumber: Dexerto.

RELATED NEWS

+