Riot Games saman NetEase kerana Hyper Front tiru VALORANT

Riot Games akan menyaman pembangun permainan video di China, NetEase atas peniruan Hyper Front, satu permainan video mudah alih menembak lima lawan lima yang dikatakan klon kepada VALORANT.

Mereka juga akan membawa kes ini ke mahkamah United Kingdom, Jerman, Brazil dan Singapura.

Hyper Front akan disaman atas sebab peniruan banyak elemen daripada VALORANT.

Saman yang dikeluarkan adalah berdasarkan persamaan karakter, peta, senjata, skin dan charms.

Riot malah mengatakan beberapa stats senjata juga dibandingkan.

Hyper Front dikeluarkan pada tahun 2022 untuk pelantar Android dan iOS dengan 1 juta muat turun bersama 48,000 ulasan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di kes Riot Games vs NetEase.

RELATED NEWS

+