Wild Rift akan fokus kepada Asia saja pada tahun 2023 untuk esports

Dalam pengumuman hari ini, Riot Games menyatakan mereka akan memfokuskan e-sukan Wild Rift hanya di rantau Asia untuk tahun 2023.

Mereka akan memperkenalkan liga e-sukan profesional yang akan menjadi ‘cross-regional’. Ekosistem baru ini akan merangkumi 12 pasukan China dari WRL dan lapan pasukan dari negara Asia yang lain.

Ia akan terbahagi kepada dua kali anjuran setiap tahun.

Bagi negara di luar rantau Asia, Riot mengatakan mereka akan memberi laluan kepada pihak ketiga menganjurkan kejohanan tempatan dan Riot tidak akan lagi terlibat dalam mana-mana proses penganjuran kerana mereka akan fokus kepada liga di Asia.

RELATED NEWS

+