Lebih 300 pekerja tinggalkan Twitch? Apa yang jadi?

Twitch kini kehilangan lebih 300 pekerja bermula tahun lepas dan tahun ini sahaja 60 pekerja berhenti dari bekerja di Twitch.

Ketua Pegawai Kandungan dan Ketua Pembangunan Pencipta juga meninggalkan Twitch kerana orang atasan syarikat itu dikatakan tidak memahami komuniti dan budaya di Twitch.

“Pelanggan adalah pencipta kandungan,” ujar bekas pekerja Twitch.

“Jika anda tidak bersemangat untuk produk anda, anda tidak akan melihat perspektif pelanggan. Sudah pasti anda tidak akan mempunyai kebolehan untuk meletakkan diri dalam kedudukan orang lain,” kata mereka lagi.

Malah terdapat juga masalah perselisihan faham di antara pekerja veteran dan eksekutif baru mengenai polisi Twitch.

“Twitch sepatutnya menjalankan tugas untuk menjaga Twitch yang sentiasa mempunyai komuniti yang dinamik dan tidak akan ada satu solusi atau jawapan, kami sentiasa percayakan innovasi dan eksperimentasi,” 

Dikatakan pekerja bawahan dan mid-level sedang berusaha untuk membawakan perubahan. Sebagai contoh, bagi pengguna yang strim selama 40 jam sebulan boleh jalankan iklan di saluran mereka tapi perubahan ini tidak dipersetujui.

Amazon yang membeli Twitch pada tahun 2014 kini cuma untuk menjadikan Twitch lebih komersial dengan tambahan pelbagai integrasi dari Amazon.

Rujukan: TheGamer

RELATED NEWS

+