Legion of Champions Buka Penyertaan Untuk Pasukan Wanita CS:GO, Menang Hadiah Wang Terkumpul RM370,000

Lenovo dan Intel sekali lagi menganjurkan kejohanan e-sukan Legion of Champions (LoC). LoC kembali untuk kali keempat mencari bakat pemain-pemain terbaik dari rantau Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand yang dimasukkan buat kali pertama dalam LoC untuk bertempur dalam PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Khas untuk pemain wanita yang mempunyai bakat terpendam dalam Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), inilah peluang keemasan korang. LoC mengumumkan penyertaan terbuka untuk pasukan wanita amatur dan profesional dalam pertandingan pertama keseluruhan wanita CS:GO, Legion of Valkyries (LoV).

Bagi mereka yang berminat, ikuti langkah ini untuk menyertai LoC atau LoV:

Kelayakkan permulaan untuk kedua-dua LoC dan LoV akan diadakan secara online melalui portal e-sukan Lenovo, Rise of Legion. Pasukan-pasukan yang mara ke pentas kumpulan tempatan akan bertarung merentasi semua pasaran (Market). Kemudian, empat pasukan teratas dari LoV bersama-sama pasukan wanita LoC akan mara ke Grand Finals yang bertempat di Pantip Mall, Bangkok pada 12 hingga 14 Disember 2019.

Pasukan tempatan dan pasukan Grand Final akan bertarung bagi merebut hadiah wang terkumpul berjumlah RM370,000 (USD$89,100). Pemenang untuk kategori PUBG juga bakal menerima hadiah peranti Legion berjumlah RM16,792 (USD$4,000) dan RM41,981 (USD$10,000) manakala pemenang untuk CS:GO bakal membawa pulang hadiah peranti Legion bernilai RM20,990 (USD$4,000) dan RM52,476 (USD$12,500).

Apa tunggu lagi? Serlahkan bakat korang dalam LoC dan LoV. Untuk maklumat lanjut tentang parti LAN, pertandingan terbuka Rise of Legion dan pertandingan cosplay, korang boleh layari https://www.legionloc.com/

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+