Intel membangunkan kad grafik tersendiri, untuk saingi AMD dan Nvidia

Intel, yang cukup terkenal dengan pembangunan CPU mereka, kini mengumumkan penglibatan mereka dalam pasaran GPU, dengan kad grafik pertama mereka akan tiba tahun depan.

Jenama Arc akan menjadi langkah pertama Intel di dalam pasaran, yang akan menawarkan kad grafik yang berasaskan perkakasan dan perisian. Intel juga mengesahkan siri Arc akan digunakan pada “perkakasan pelbagai generasi” dengan generasi pertama iaitu Alchemist dan akan dijangka tiba pada desktop dan laptop pada awal 2022.

Meskipun Intel masih belum mendedahkan perincian mengenai Alchemist, mereka ada berkongsi satu video teaser pada pengumuman hari ini, yang menunjukkan kad grafik prototaip menjalankan beberapa permainan seperti Crysis Remastered trilogy, Metro Exodus dan Psychonauts 2.

Intel juga menyatakan kad grafik Arc mereka akan menawarkan mesh shading, bayang kadar berubah-ubah, peningkatan video dan ray tracing masa sebenar. Selain itu, di dalam video itu juga menyatakan supersampling AI yang dikatanya mampu menyaingi DLSS daripada NVIDIA dan FidelityFX Super Resolution AMD. 

Ini bukanlah kali pertama Intel menghasilkan kad grafik. Pada awal tahun ini, mereka melancarkan kad grafik Iris Xe, namun ianya bukan direka untuk permainan tetapi lebih kepada workstation.

Dengan pengumuman jenama Arc ini bermakna, Intel akan menyaingi AMD dan Nvidia dalam pasaran kad grafik di mana kedua syarikat itu melancarkan kad grafik pada tahun lalu. Walaubagaimanapun, kedua-dua syarikat itu menghadapi kesukaran untuk mengikut permintaan atas faktor isu kekurangan cip yang berlaku kini hingga 2023.

Walaupun begitu, Intel juga mendedahkan kodnama bagi generasi siri Arc seterusnya dengan nama Battlemage, Celestial dan Druid. Mereka juga menjanjikan untuk mendedahkan lebih perincian tahun ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+