Leixia berehat, keluar dari Team SMG

Pemain Team SMG, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah atau Leixia sah meninggalkan pasukan itu atas faktor ingin berehat. 

Dalam satu posting ringkas di Instagram, Team SMG mengumumkan berita itu. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pemain Jungler itu atas usahanya di MPL MY S9.

Nampaknya Team SMG perlu membawa masuk pemain jungler mereka iaitu Harpist atau Lyzerg bagi menggantikan pemain dari Terengganu ini.

Terdahulu, Leixia menyertai Team Caracal sebelum membuat keputusan untuk sertai Team SMG bagi menimba pengalaman baru. Dia pernah mendapat tempat kedua di kejohanan MEC 2021/2022 bersama Caracal.

MPL MY S9 kini memasuki minggu keempat (bermula 11 Mac) dan membenarkan pasukan melakukan pemindahan pemain.

RELATED NEWS

+