Leixia “comeback” ke dalam pasukan, RSG menang mudah

Pasukan SMG harus mendapatkan kemenangan pada hari ini bagi menebus kekalahan mereka di tangan Suhaz Esports semalam. Juara musim ketujuh, RSG Malaysia hanya tewas 1 kali pusingan semasa pertemuan dengan pasukan Orange Esports. Selain itu, mereka kini membawa masuk kembali Leixia yang diumumkan rehat sebelum ini dan digantikan oleh Mom.

PERLAWANAN PERTAMA

RSG membawa masuk Benedetta sebagai jungler dan Zacus sebagai Matilda untuk kelebihan mobiliti bergerak ke arah lane dengan mudah. Pasukan SMG pula berjaya mengunci hero kegemaran mereka, Ling. 

Lolealz terlalu menjengkelkan untuk pasukan SMG, beliau memberikan tekanan dan menyekat Ling untuk mendapatkan purple buff. Tanpa purple buff, Ling tidak dapat menggunakan kemahiran beliau sepenuhnya. Meskipun Xpedea banyak memberikan bantuan dengan way of dragon yang begitu cantik akan tetapi kehadiran Lord pada minit ke-16 untuk pasukan RSG berjaya memberikan mereka kemenangan untuk perlawanan kali ini.

MVP diberikan kepada Izanami yang bermain sebagai Beatrix dengan jumlah damage yang dikeluarkan sebanyak 3 ribu per minit. Beliau sering mengatur posisi ke arah belakang untuk melakukan sniping ke atas pasukan SMG.

PERLAWANAN KEDUA

RSG menggunakan combo Ling + Angela di perlawanan kedua untuk menguatkan lagi kekuatan Ling untuk menumbangkan pihak lawan. RSG mendapat kelebihan dari segi farming selepas KaizerJin membuka peta untuk pasukannya. 

Lord berjaya diambil pasukan RSG pada minit ke-11 dan mereka sudah memulakan pushing untuk menghancurkan inhibitor turret pasukan SMG. RSG kemudiannya mendapatkan kemenangan bersih 2-0. Kehadiran Leixia sekali lagi membuahkan hasil untuk pasukan RSG.

KaizerJin diberikan MVP untuk perlawanan kedua ini, beliau membuka peta dan memberikan tekanan kepada pasukan SMG sepanjang perlawanan. Selain itu, beliau seringkali mencuri orange buff dari diambil oleh Deto untuk mengurangkan kadar farming Hayabusa.

RELATED NEWS

+