“Leixia dapat timba pengalaman baru, LinkEzaa kembangkan bakat,” – jurulatih Team Caracal, Kuja

“Bagi perspektif saya, ia amat menguntungkan kami kerana dapat memberi ruang kepada LinkEzaa untuk terus mengembangkan bakat dan juga memberi peluang untuk Leixia timba pengalaman baru,” itu kata jurulatih Team Caracal, Ajwad Mohd Yusof mengenai peminjaman Leixia ke Team SMG untuk MPL MY S9.

“Leixia memang ingin pengalaman baru bersama pasukan baru. Walaupun keputusan ini agak berat untuk dibuat, tapi kami dah sebulat suara yang pinjaman ini harus dibuat demi kebaikan karier masing-masing,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Difahamkan, Team Caracal sebelum ini mempunyai dua jungler yang mana Leixia dan LinkEzaa mengisi posisi itu. Namun, ketiadaan Leixia di kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC 2021/2022) menimbulkan tanda tanya.

Namun, persoalan itu pernah dijawab Kuja dalam temubual lepas, mengatakan Leixia mempunyai urusan keluarga dan kurang latihan bersama pasukan.

LinkEzaa pula sangat menyinar dalam pasukan Orange Esports sebelum ini selepas muncul pemain Rookie Terbaik dalam liga itu. Dia menunjukkan corak permainan yang agak agresif dengan penggunaan Alucard, Aulus dan Lancelot. 

Pastinya kemasukan Leixia ke Team Caracal untuk MPL MY S9 ini akan mengembangkan lagi bakat pemain muda ini.

“Pesanan saya buat Leixia, kami masih di sini Ki. Jangan lupakan kami, kalau tak motor kau hilang,” katanya berseloroh.

Adakah kita akan nampak Team SMG menjadi lebih konsisten selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+