PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Leixia tak main punca RSG tewas? EBLZ tamatkan kemarau kekalahan

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan EBLZ menggunakan draft burst damage dengan membawa Roger dan Luo Yi. Seperti yang dijangkakan mereka mendapat kelebihan pada minit awal permainan, Kuz4 bermain dengan begitu agresif dengan bantuan pasukannya dan RSG mengalami kesukaran untuk menghadapi asakan itu. 

Perbezaan gold yang begitu ketara pada minit ke-12 menyebabkan pasukan RSG tidak mampu untuk melawan pasukan EBLZ. Mereka kehilangan ahli satu demi satu dan menerima kekalahan pada minit ke-13.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan RSG menggunakan Ling dan Beatrix untuk scaling ke arah fasa late game. Manakala pasukan EBLZ menggunakan Lancelot untuk memberikan burst damage dan mengharapkan Mayoz untuk fasa late game. EBLZ tidak begitu agresif seperti perlawanan pertama dan mereka memberikan ruang kepada pasukan RSG mendapatkan barang core mereka.

EBLZ berjaya mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-22 dan meneruskan objektif mereka untuk memenangi perlawanan akan tetapi pasukan RSG berjaya mempertahankan base mereka kerana EBLZ kekurangan damage. EBLZ akhirnya memecahkan sumpahan mereka selepas mendapatkan kemenangan pertama. 

Setakat ini, mereka memperoleh empat mata di ranking dan banyak lagi mata harus dikejar untuk ke playoffs. Ini bermakna, EBLZ harus terus menang perlawanan demi perlawanan untuk maju ke playoffs.

RELATED NEWS

+