Lelaki Ini Ada Lebih Daripada 20,000 Game, Pegang Rekod Dunia Guiness Bagi Koleksi Video Game Terbesar

Sebagai seorang pemain, korang mesti ada beberapa atau banyak game digemari yang korang beli, kumpul dan simpan. Terdapat juga pemain yang beli game dan jual kembali game sebagai pelaburan membeli game lain.

Seorang pemain berasal dari Amerika Syarikat, Antonio Monteiro mempunyai koleksi game lebih banyak korang boleh lihat di mana-mana kedai game iaitu sebanyak 20,139 game tersusun rapi dalam kediamannya. 

Monteiro diiktriraf oleh Rekod Dunia Guiness sebagai pemain dengan koleksi video game terbesar di dunia yang mengambil masa kira-kira 8 hari untuk mereka kira setiap game dalam koleksinya!

Untuk melihat betapa besarnya koleksi dia, korang boleh lihat video yang menonjolkan keseluruhan dua bilik diubahsuai sebagai peti penyimpanan koleksi game:

Menurut Rekod Dunia Guiness, ini adalah pecahan game tergolong dalam koleksinya:

  • Koleksi Sony – lebih daripada 1,000 game PlayStation 1, kumpul semua game PlayStation 2, PlayStation 3, PSP, semua game PS Vita dilancarkan dan lebih daripada 900 game PlayStation 4 di Amerika Utara.
  • Koleksi Microsoft (Xbox) – Koleksi penuh Xbox, Xbox 360 dan lebih daripada 500 game Xbox One di Amerika Utara.
  • Koleksi Nintendo – Koleksi lengkap Game Cube, Super Nintendo (Super Famicom), Nintendo Entertainment System (termasuk game tidak dipasarkan untuk orang umum), Wii, Game Boy, Game Boy Color, Game Boy Advance, Nintendo 64, lebih daripada 1,100 game Nintendo DS di Amerika Utara dan 118 game Nintendo Switch.
  • Koleksi SEGA – Koleksi penuh CD game SEGA, game SEGA PICO, koleksi lengkap Sega Dreamcast di Amerika Utara, koleksi 32X (untuk Sega Genesis), game Jepun Dreamcast, game Jepun Sega Saturn.
  • Koleksi game dan konsol lain-lain di Amerika Utara – game Turbografx, koleksi lengkap Atari Jaguar System, Atari Lynx, kesemua Neo Geo Pocket, game Atari dan Gauge.

Menurut Monteiro, minat untuk mengumpul game-game ini tercetus apabila ibu bapanya menghadiahi Golden’s Axe yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1989. Dalam koleksi gergasinya, game kegemaran sepanjang zaman milik Monteiro adalah Castlevania IV dilancarkan di Super Nintendo pada 1991.

Untuk mengumpul game sebanyak ini, sudah tentu dia memegang koleksi game sukar ditemui pada zaman sekarang antaranya adalah Nintendo 64DD yang hanya dipasarkan di Jepun, game pendidikan SEGA Dreamcast dan game Nintendo yang hanya dikeluarkan khas untuk askar Amerika Syarikat sebagai latihan menembak.

Lebih menarik lagi, dia mempunyai hampir 100 konsol iaitu bermakna dia boleh main kesemua game yang terdapat dalam koleksinya. Mesti dia ada dilema nak main game mana satu, kan?

Di Malaysia, kita pun tidak lebih kurang hebat kerana saudara Iskandar Rahim adalah seorang pengumpul game retro dan juga pengedar game-game lama. Dia mempunyai lebih daripada 2,000 game dan lebih daripada 100 konsol yang dia pamerkan dalam rancangan dokumentari Majalah 3

RELATED NEWS

+