Nigma Galaxy melantik Ashraf Firdaus sebagai jurulatih pasukan VALORANT

Sekitar hujung tahun lepas Galaxy Racer dan Team Nigma, dua organisasi e-sukan bergabung bersama demi menggabungkan jenama e-sukan, kandungan e-sukan dan gaya hidup besar Galaxy Racer dengan kepakaran kompetitif Nigma.

Dengan langkah ini, Nigma dijenamakan semula kepada Nigma Galaxy dan mengetuai bahagian e-sukan Galaxy Racer dari ibu pejabatnya di Abu Dhabi.

Selain itu, mereka juga menubuhkan beberapa lagi pasukan seperti PUBG Mobile, Free Fire, CSGO dan VALORANT di samping pasukan utamanya iaitu Dota 2.

Dalam usaha membangun pasukan VALORANT Nigma Galaxy atau NGX, mereka melantik Kolenaw dari Finland sebagai penganalisis pasukan. Mereka juga menamakan Ashraf Firdaus dari Malaysia sebagai jurulatih VALORANT pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nigma Galaxy (@teamnigma)

Ashraf Firdaus, atau dikenali sebagai acAp dalam permainan, adalah seorang veteran yang pernah bermain untuk kebanyakan pasukan CSGO terbaik Malaysia. Pemain berusia 28 tahun itu pernah bermain untuk pasukan MVP Karnal, FrostFire dan Fire Dragoon E-sports.

Beliau juga berjaya merangkul gelaran juara dalam pelbagai kejohanan seperti Taiwan Excellence Esports Cup 2019, eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO 2018, Asean Games for E-Sports 2016 dan banyak lagi kejohanan besar di sekitar rantau Asia.

Kini, beliau aktif dalam dunia VALORANT dan kali terakhir dilihat beliau bermain sebagai pemain pasukan UwU, kini dikenali sebagai Bleed eSports, dalam VCT Stage 3 – SEA Challengers Playoffs. Beliau kini menyandang peranan jurulatih pertamanya dalam kerjaya e-sukannya.

Ikuti beliau di laman Facebook rasminya di sini, atau Instagram beliau di sini.

Sumber rujukan: Instagram

RELATED NEWS

+