Lemon akan muncul di MPLI 2021?

MPL Indonesia musim kelapan sudah pun berakhir di mana pasukan ONIC Esports berjaya muncul juara sementara RRQ Hoshi hampir berjaya mendapatkan kemenangan dengan skor 4-3.

Jika kita lihat pada barisan pemain RRQ Hoshi di saat MPL ID musim kelapan berlangsung, Lagenda RRQ iaitu Lemon tidak turun padang untuk bersama pasukan bagi musim kali ini.

Harapan peminat untuk melihat beliau bermain sekali lagi kini membera kembali selepas pengumuman MPLI 2021. Namun, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada jurulatih pasukan RRQ Hoshi iaitu Acil.

Menurut wawancara dari ONE Esports terhadap pengurus pasukan RRQ Hoshi, Bram “Jika Lemon ingin kembali bermain, beliau harus menyatakan keputusan itu kepada Acil. Selepas itu, Acil akan mencuba tahap kemampuannya untuk masuk ke dalam skuad utama dan kami tidak tahu hasilnya akan menjadi baik atau tidak,” ungkapnya.

Dalam erti kata lain, peluang untuk Lemon muncul kembali di dalam skuad utama amat tipis buat masa ini. Terdahulu, Lemon mengatakan beliau tidak akan bermain untuk pasukannya kerana ingin memberi peluang untuk jaguh-jaguh muda seperti Alberttt untuk bersinar.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+