Pemain ikonik RRQ Hoshi, Lemon, memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya yang memberi gambaran seolah-olah dia akan bersara.
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu, Lemon menyebut “terima kasih, selamat tinggal” tulisnya.
Bekas pemain RRQ, Liam juga yang baru keluar daripada pasukan itu turut menulis komennya.
“Saya tunggu,” kata Liam.
Hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen sedih para peminat Lemon, mengatakan mereka masih belum bersedia sekiranya dia keluar daripada RRQ.
Ketua pegawai eksekutif RRQ Hoshi, Andrian Pauline Husen atau lebih dikenali sebagai Pak AP, segera memuat naik sebuah story Instagram berkenaan isu ini.
“Netizen Tiktok membuatkan CEO RRQ ketakutan. Saya terus berbual dengannya dan keadaan masih okay. Biarkan kami berehat sebentar bagi mempersiapkan diri untuk musim depan, terima kasih,” tulisnya di story Instagram.
Foto: Instagram Lemon