Lemon bakal main untuk MPL ID musim ke-9?

Pemain veteran Mobile Legends iaitu Lemon adalah salah seorang individu yang sangat handal di dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Sebut sahaja nama beliau, para peminat pasti mengetahui pencapaiannya sebagai salah seorang pemain yang pernah memenangi tiga liga MPL bersama RRQ.

Menurut Xinnn, berkemungkinan besar Lemon akan bermain untuk musim kesembilan selepas tamatnya Kejohanan Dunia M3.

Perkara itu pasti menjadi berita gembira buat peminat pasukan itu oleh kerana ramai di antara mereka merindukan Lemon beraksi di dalam permainan.

Adakah Lemon akan membuat comeback di musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+