Lesley menjadi kunci kemenangan ONIC Esports di MPL ID musim ke-10

Lesley adalah salah satu hero yang dikenakan revamp di dalam kemaskini MLBB baru-baru ini. Kemahiran pasifnya iaitu Lethal Shot kini memberikan true damage yang mampu menghancurkan pertahanan musuh yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Sewaktu RRQ Hoshi menentang ONIC Esports di peringkat akhir MPL ID musim ke-10, ONIC Esports membawa masuk Lesley sebagai marksman di perlawanan terakhir mereka. Ternyata Lesley yang dipakai oleh CW sangat mengerikan dan mampu menghancurkan ahli pasukan RRQ Hoshi.

Memetik laporan dari RevivalTV, CW menggunakan hero itu kerana dia berasa sangat yakin. “Semasa draft pick, jurulatih menyarankan agar saya memilih hero yang saya selesa gunakan. Jika saya rasa Lesley dan Miya adalah hero yang bagus, saya akan memberitahu jurulatih.

“Jika jurulatih merasakan hero itu tidak sesuai dan tak boleh menggunakannya maka saya akan dengar cadangannya,” ujar CW dalam laporan itu.

ONIC Esports berjaya menewaskan RRQ Hoshi dengan skor 4-1 untuk merangkul gelaran juara MPL ID musim ke-10 selepas mereka bangkit semula dari kekalahan di peringkat akhir upper bracket tempoh hari.

Sumber: RevivalTV

RELATED NEWS

+