Life is Strange Remastered Collection tiba Februari ini

Square Enix baru-baru ini mengumumkan Life is Strange: Remastered Collection bakal tiba di semua platform utama pada 1 Februari ini.

Permainan ini sepatutnya dilancarkan pada 30 September ini. Namun, ianya ditangguhkan sehingga tahun depan di dalam pengumuman Ogos lalu, berikutan pandemik COVID-19 menjadi punca utama penangguhan terpaksa dilaksanakan.

Life is Strange: Remastered Collection didatangkan dengan Life is Strange yang pertama bersama prekuel, Before the Storm. Permainan ini diumumkan pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada siaran langsung Square Enix Present. 

Selain penambahbaikan visual dan animasi, koleksi ini juga disertakan dengan penambahbaikan pencahayaan, enjin permainan baru, sementara Life is Strange remaster, akan disertakan dengan animasi motion-capture wajah yang baru.

Permainan ini boleh dibeli secara standalone di kedai atas talian seperti PlayStation Store dengan harga ±RM167.34. Selain itu, permainan ini juga akan disertakan bagi mereka yang membeli Life is Strange: True Colors Ultimate Edition.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+