Octopath Traveler antara permainan yang menjadi kegilaan peminat RPG dari Square Enix.
Kini mereka mengumumkan judul baharu yang akan dilancarkan di pelbagai platform dan bukannya di Nintendo Switch sahaja. Ia akan tiba pada 24 Februari tahun depan di PC, PlayStation 4, PlayStation 5 dan semestinya Switch.
Octopath adalah permainan yang mana pemain boleh mengawal sehingga empat watak dalam perlawanan dan setiap karakter mempunyai latar belakang dan kisah mereka yang tersendiri.
Setiap karakter ini perlu dicari dan perjalanan anda akan ditemukan dengan karakter-karakter lain pada akhirnya.
Pada judul kedua ini, mereka masih mengekalkan lapan kelas sedia ada namun kali ini ada penambahbaikan dari segi grafik tapi mereka juga menukar jantina dan lakon suara bagi setiap karakter.