Square Enix masih belum membayar duit royalti kepada pencipta Outriders

Pencipta Outriders berkata baru-baru ini Square Enix masih belum mebayar duit royalti dan masih belum mendapat pulangan modal mereka.

Royalti sepatutnya dibayar daripada jumlah jualan, namun Outriders masih belum mendapat persetujuan dari Square Enix mengenai wang yang patut mereka dapat.

Square Enix diberi masa 45 hari untuk membayar namun tarikh sudah luput pada 14 Ogos lepas.

Pada 15 Ogos, People Can Fly (PCF) juga memberitahu mereka masih belum mendapat apa-apa persetujuan dari pihak Square Enix.

Outriders pula dikatakan gagal untuk membawa balik modal untuk Square Enix namun, PCF sendiri juga tidak tahu apa yang terjadi dan sebaliknya menuduh Square Enix tidak memberi apa-apa informasi mengenai hal ini.

RELATED NEWS

+