Lifeweaver – Hero Support Overwatch 2 baru

Lifeweaver adalah hero ke-37 diperkenalkan untuk Overwatch 2 dan dijangka akan hadir di musim ke-4 Overwatch nanti.

Dia adalah karakter yang menggunakan “biolight” untuk menyembuhkan ahli pasukan dan membina struktur pelantar yang membantu anda naik ke tempat lebih tinggi.

Karakter ini juga mempunyai kuasa mengubah kedudukan ahli pasukan dengan Life Grip dan memberi perisai yang menarik ke arah Lifeweaver.

Ultimate Lifeweaver pula adalah Tree of Life di mana Lifewaver akan membuat satu struktur pokok gergasi di mana-mana dalam peta yang boleh menyembuhkan dan menjadi pelindung untuk pasukan anda.

Alec Dawson, pencipta hero Overwatch mengatakan Lifeweaver adalah hero support yang tidak berharap kepada keupayaan membidik sahaja.

RELATED NEWS

+