Liga E-Sukan Akan Ditubuhkan Tak Lama Lagi – KBS

Dalam perancangan untuk menggilap bakat tempatan dan menaikkan industri e-sukan di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan mempunyai pelannya tersendiri.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Liga E-Sukan akan ditubuhkan sebagai usaha untuk meningkatkan industri ini yang sekarang memang popular terutamanya dalam kalangan orang muda.

Pelan ini juga bertujuan untuk mempersiapkan pemain menyertai kejohanan peringkat antarabangsa umumnya.

“Kita ada liga sebelum ini tapi ia hanya sekali (one-off) dan bukan di semua peringkat. Dengan adanya Liga E-Sukan, banyak penambahbaikan boleh dibuat,” kata beliau.

Tapi buat sementara ini Syed Saddiq belum mengumumkan bila liga pertama akan diadakan dan kementeriannya hanya memfokuskan pada e-sukan yang dipilih untuk mencari calon mewakili negara di Sukan SEA 2019 di Filipina pada 30 November hingga 11 Disember nanti.

Baca lanjut: 6 e-sukan akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019

Syed Saddiq juga mengatakan task force sudah ditubuhkan dan ia termasuk pemain profesional e-sukan tempatan.

Beliau berkata dengan adanya task force ini, mereka akan menetapkan syarat dan peraturan untuk e-sukan.

Ia juga bertujuan untuk melihat kepada pelbagai aspek termasuk persepsi keluarga terhadap penglibatan anak mereka dalam e-sukan dan aspek kesihatan meliputi isu terhadap ketagihan permainan dalam talian.

Sumber: NST Online

Gambar daripada The Malaysian Reserve.

RELATED NEWS

+