Lineage W akan dilancarkan pada 4 November ini

Lineage W dilaporkan akan dilancarkan secara global pada 4 November ini.

Permainan MMORPG dari NCSOFT ini adalah permainan dari siri Lineage yang sangat popular di antara gamers pada suatu ketika dulu. Di peranti pintar, terdapat Lineage M dan Lineage 2M yang sudah dilancarkan.

Versi W ini adalah berdasarkan permainan asal dengan gameplay dipertingkatkan serta penceritaan dan visual lebih menarik. Antara tarikannya adalah sistem clan.

Sudah 10 juta pra-pendaftaran dibuat untuk permainan ini dan mereka bakal menerima hadiah dalam permainan pada hari pelancaran.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+