Lineage W adalah keluaran terbaru di dalam francais Lineage Mobile

Lineage adalah francais permainan video MMORPG yang popular di platform PC, direka oleh pembangun dari South Korea, NCSoft. NCSoft sudah mengeluarkan banyak permainan video MMORPG yang digilai ramai seperti Blade and Soul dan Guild War di platform PC. 

Mereka tidak terkecuali dari pembangun permainan video yang lain untuk mencipta permainan peranti mudah alih seperti Blade and Soul 2. Kini, mereka mendedahkan Lineage W yang akan datang di dalam versi peranti mudah alih melalui sebuah trailer di Youtube.

Lineage M sebelum ini menjana keuntungan yang banyak dan memberikan NCSoft berada di kedudukan tinggi di dalam carta RPG di Playstore dan Appstore. Akan tetapi, berikutan permainan ODIN: Valhalla Rising sudah mengambil alih tempat mereka di carta Playstore Korea, mereka terpaksa mengeluarkan permainan video yang baru lebih awal justeru wujudnya Lineage W.

Sebelum ini, mereka hanya fokuskan pelancaran permainan di tanah air mereka terlebih dahulu iaitu Korea sebelum memasuki pasaran global. Lineage W adalah permainan mereka yang pertama memfokuskan pelancaran di peringkat global terlebih dahulu.

Ini bagi mendapatkan pasaran yang lebih besar serta meningkatkan reputasi mereka di seluruh dunia. Sebelum ini, ramai pemain meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan di negara Korea akan dilancarkan di dalam negara itu terlebih dahulu. Ia mengambil masa satu hingga dua tahun untuk melepasi pasaran global.

Pelancaran Lineage W ini pasti ditunggu-tunggu oleh peminat MMORPG di serata dunia, meskipun Mobile Legends dan PUBG Mobile menguasai pasaran permainan video terlaris setakat ini akan tetapi genre MMORPG sentiasa mempunyai tempat di hati gamers di luar sana.

RELATED NEWS

+