mereka."> mereka." /> mereka." />

Lineage W sedia untuk dipra-daftar

Permainan video peranti mudah alih Lineage W kini dibuka untuk pra pendaftaran bermula hari ini. Pengumuman ini dibuat di laman web rasmi mereka dan sudah dikongsi cara pra daftar di forum perbincangan mereka.

Para pemain boleh memulakan pra daftar di platform Google Play Store dan Apple Appstore, hadiah berbentuk in game item diberikan kepada sesiapa yang pra daftar ketika ini.

Bagi mereka yang belum tahu, permainan peranti mudah alih Lineage W adalah berkonsepkan MMORPG. Pemain harus mereka cipta karakter mereka tersendiri dan memperkuatkan karakter dengan menyelesaikan misi-misi yang diberikan di dalam permainan.

Apa yang menarik untuk permainan MMORPG ini adalah anda boleh mengajak rakan-rakan anda untuk bermain bersama anda, sistem party juga adalah elemen penting di dalam setiap permainan MMORPG untuk menjadikan permainan itu mudah dan lebih seronok untuk dimainkan.

Trailer sinematik pertama dilancarkan pada masa yang sama, Lineage W akan mengembalikan zaman kemegilangan francais Lineage di pelantar PC sebelum ini dalam versi mobile dan keputusan mereka untuk memfokuskan permainan ini ke arah peringkat Global terlebih dahulu amat disenangi semua para pemain MMORPG di seluruh dunia.

RELATED NEWS

+