Lunox kini penghancur meta tank jungler?

Pada musim ke-31, MLBB memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan pada hero tersedia ada.

Contohnya seperti Barats yang kini boleh dash ke depan ketika ulti sekali gus memastikan dia dapat ‘menelan’ hero dengan mudah serta Balmond yang tak boleh dihentikan Cyclone Sweep oleh mana-mana kuasa crowd control. Ia menyebabkan kedua hero tank ini sering menjadi pilihan di rank.

Bagaimanapun, kehadiran Lunox dengan sedikit perubahan pada skill membuatkann hero ini adalah pemusnah ‘meta’ tank ketika ini.

Lunox kini lebih mudah menggunakan ulti Order atau Chaos kerana dia hanya perlu tekan kuasa pertama atau kedua sekali dan ultimate terus tersedia, berbanding sebelum ini perlu menukar orb dua kali.

Lebih menarik, ultimate Chaos kini tidak menggunakan mana selama durasi dan ultimate Order diturunkan cooldown dari 28-20 saat ke 25-15 saat saja tapi ia tidak lagi memperlahankan musuh.

Kuasa Lunox juga kini terkesan dengan cooldown reduction dan pertukaran ratio untuk Spell Vamp dan Percentage Magic Penetration kini mempunyai ratio 1:1.

Sudah tentunya Barats, Balmond atau mana-mana lagi tank jungler akan berdepan kesukaran berhadapan Lunox di pasukan lawan.

TAGS

RELATED NEWS

+