Lunox tank? ini senarai hero Mobile Legends terbaik oleh Zeys

Penggunaan Lunox Tank adalah satu meta baharu yang dibawakan oleh jurulatih EVOS Legends, Bjern Ong (Zeys).

Dalam satu perkongsian di Facebook, Zeys berkongsi senarai hero-hero yang sesuai dimainkan mengikut patch terkini. 

Seperti dilihat di bawah, Lunox berada dalam tier SSS bagi peranan roamer. Biasanya Lunox dimainkan sebagai sidelane atau mage tapi kini digunakan sebagai tank.

Yang paling menarik, Lunox juga mengambil Revitalize bagi menahan serangan daripada musuh dan menambahkan nyawa berterusan.

Spell ini penting apabila anda merusuh jungle lawan terutamanya di bahagian purple dan orange buff

Kuasa pertama Lunox membolehkan beliau mendapatkan heal sebanyak mungkin apabila ia berjaya dikenakan kepada hero-hero berdekatan.

Namun, sejauh manakah meta Lunox Tank ini akan digunakan? Adakah kita bakal menyaksikannya di MPL Indonesia musim kelapan nanti?

RELATED NEWS

+