LX ESPORT juara PMNC 2020! TRX Elementus dan Team Bosskurr menyusul di tempat kedua dan ketiga

Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020 telah berakhir dan LX ESPORT muncul sebagai juara! Pasukan dari Pahang itu mengumpul 216 markah dan membawa pulang RM30,000.

Naib juara pula iaitu TRX Elementus dari Negeri Sembilan jauh ditinggalkan dengan hanya 151 markah dan membawa pulang RM20,000. Pasukan jemputan PMPL musim pertama, Team Bosskurr pula berjaya mengumpul 144 markah dan hanya mencapai tempat ketiga (RM10,000).

Ketiga-tiga pasukan di atas bersama dua lagi pasukan yang berjaya memasuki kumpulan 5 pasukan terbaik iaitu Marlino inSouth (Johor) dan AKA Rogue (Sabah) layak menyertai PUBG Mobile Professional League (PMPL) MY/SG musim seterusnya.

Pada waktu ini, tarikh permulaan PMPL MY/SG musim seterusnya masih belum diumumkan. 

PMNC tahun ini memperkenalkan Solo Mode yang membolehkan pemain menyertai sebagai individu dan kemudian akan berganding bersama pemain lain di Zon Final. Ia adalah inisiatif baru dan diterima baik komuniti dengan 15,000 pemain berdaftar untuk PMNC.

Walaupun bermain sebagai pasukan buat kali pertama, pasukan dari Solo Mode tak mengecewakan dan memberikan persembahan terbaik.

Kebanyakan pasukan jemputan PMPL musim pertama yang dijemput ke Zon Final tidak berjaya ke playoffs. Hanya Team Bosskurr saja dan ini menunjukkan pasukan PMNC sememangnya hebat dan bersedia mencabar pasukan-pasukan lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+