PMPL SEA Championship Fall 2022 bermula hari ini

Hari ini akan bermula PMPL SEA Champion Fall 2022.

20 pasukan bakal bertempur untuk menjadi pasukan terbaik PUBG Mobile di Asia Tenggara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga minggu dari 28 September sehingga 16 Oktober ini.

Finals pula akan diadakan pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober.

Inilah susunan Map yang akan digunakan nanti.

Kumpulan Pasukan:

Pertandingan ini akan bersiaran langsung dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Tagalog.

Para barisan pengulas seperti OnTheGo, J Hunter, Emi, Soultannn, Kyrul dan Topcast untuk Bahasa Malaysia.

Manakala Chuchu, Sircloud, Qontra, TashBunny dan Sis Jenny untuk Bahasa Inggeris.

Tagalog pula dari Reyrey, Bekbek, KukuTv dan VeenzGG.

Barisan pasukan Malaysia terhebat juga akan bertanding iaitu Geek Fam, SEM9, 4Rivals, Yoodo Alliance dan Don’t Break Dreams.

Acara ini akan bersiaran secara langsung melalui Facebook, Youtuber dan secara rasmi di Tiktok.

RELATED NEWS

+