M2: RRQ jatuh ke lower bracket, Burmese Ghouls ke Grand Final

Nasib tak menyebelahi Sang Raja, RRQ Hoshi apabila ditewaskan dalam perlawanan sengit upper bracket final kejohanan dunia Mobile Legends, M2 sebentar tadi.

Mereka tewas di tangan Burmese Ghouls dari Myanmar dalam saingan sengit 2-3.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga esok dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+