M2: “Sebab kami dah lawan mereka banyak kali jadi kami faham strategi,” – Todak

Pasukan Malaysia, Todak menunjukkan keserasian dan gaya permainan yang sangat mantap dalam perlawanan ke atas EVOS SG sebentar tadi.

Salah satu punca mereka menang adalah sebab sudah biasa lawan pasukan Singapura ini.

“Kami dah biasa lawan mereka, dari MPL lagi jadi kami boleh baca gameplay mereka dengan lebih baik.

“Mereka tahu kami sukakan teamfight, jadi kami ubah strategi itu sedikit dan tak main hyper carry,” kata Todak dalam satu temubual media.

Todak akan berlawan dalam pusingan seterusnya, esok.

Semoga kita memberikan sokongan kepada mereka!

RELATED NEWS

+