M3: Alberttt berjaya catat KDA baru dengan tiada kematian

Pemain RRQ Hoshi, Alberttt berjaya mencipta fenomena tersendiri selepas meraih rekod tiada kematian dalam perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan dunia Mobile Legends, M3 hari ini.

Dia yang menggunakan tiga hero berbeza dalam tiga perlawanan itu nyata memberi kejutan kepada pihak lawan.

Pada perlawanan pertama, Alberttt berjaya mencatatkan skor 11 mata bunuh dan 3 assists menggunakan Paquito.

Di game kedua, dia meraih 14 mata bunuh dengan 5 assists sekali gus menunjukkan dominasi terhadap pasukan GX Squad dari Timur Tengah.

Dalam perlawanan ke atas tuan rumah, Alberttt menggunakan Roger dan memberikan kejutan kepada pasukan RSG SG dengan mendapatkan rampage pertama di M3.

Playoffs akan bermula pada 11 Disember hingga 19 Disember ini.

RELATED NEWS

+