M3: Dominasi Blacklist diteruskan

Pasukan Blacklist International meneruskan dominasi dengan rekod tiada kekalahan pada hari pertama peringkat kumpulan bagi kejohanan dunia Mobile Legends, M3 .

Di kumpulan A, mereka berjaya menewaskan wakil dari Amerika Latin, Malvinas Gaming, Bedel dari Turki dan Red Canids dari Brazil.

Ini menunjukkan mereka sememangnya kuat di peringkat dunia dan Filipina sedia untuk meraih takhta juara sekali lagi.

Dalam satu sidang  media hari ini, Veenus berkata mereka merasakan Red Canids adalah pasukan paling kuat dalam kumpulan mereka.

“Saya sendiri terkejut apabila pasukan Brazil, Red Canids kurang menyerlah hari ini.

“Kami merasakan merekalah antara yang paling kuat dalam kejohanan kali ini,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket/

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

RELATED NEWS

+