M3: “Ia masalah teknikal, bukannya pause,” – Moonton

Mengulas mengenai kesilapan atau ‘error’ di skrin ketika perlawanan antara Todak dan Onic ID semalam, wakil dari MOONTON Games, Kelly Chiew berkata, ia adalah masalah teknikal.

“Ia adalah masalah teknikal, bukannya ‘pause’,” katanya kepada MyGameOn.

Difahamkan, ‘Error’ itu muncul pada saat-saat akhir pemain Todak, 4Meyz membuat split push dan menetak kristal sehingga musnah pada perlawanan peringkat kumpulan untuk Group B di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.

Ia seterusnya mengejutkan semua orang yang mengingatkan sama ada ia adalah ‘pause’ yang sengaja dibuat oleh Onic ataupun kesilapan teknikal.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dengan kemenangan semalam, Todak berjaya mara ke upper bracket sekali gus menolak Onic ID ke laluan lower bracket.

Todak juga menang ke atas wakil Brazil, Vivo Keyd semalam.

Peringkat kumpulan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket.

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk setiap pasukan kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto: MLBB Esports

RELATED NEWS

+