M3: Kami bangga boleh menang tanpa penganalisis dan jurulatih – MobaZane

Selepas kemenangan pasukan BTK ke atas Blacklist International di dalam perlawanan yang sangat sengit dengan skor 3-2. Mereka berjaya membuktikan bahawa Blacklist International tidak kebal.

Pasukan BTK sangat bangga dengan kemenangan itu oleh kerana mereka tidak ada penganilisis mahupun jurulatih untuk membantu mereka menewaskan Blacklist International.

Ketika ditanya tentang kemenangan mereka ke atas pasukan harapan Filipina itu, Michael Cosgun (MobaZane) berkata, kunci kemenangan adalah draft.

“Faktor kemenangan kami adalah berjaya melakukan draft yang bagus dan kami sedar mereka bermain bersandarkan V33nus,” kata MobaZane.

“Selain itu, kami mengutamakan Esmeralda dan Beatrix yang kuat di minit awal permainan,” tambah beliau.

“Kami juga cuba belajar corak permainan mereka dan memahami bagaimana cara mereka bermain. Oleh itu, kami berjaya mengambil hero kegemaran mereka,” katanya.

Ditanya tentang Lolita yang dimainkan oleh Shark. “Lolita adalah power pick buat pasukan BTK, ianya bukan digunakan sebagai counter akan tetapi digunakan oleh kerana Shark sangat mahir menggunakan hero itu,” tambahnya.

Pasukan BTK sangat yakin akan berjaya ke peringkat akhir “Kami yakin 200% pasukan ini akan berjaya mara ke peringkat akhir,” ujarnya.

Mereka akan sambung perlawanan di upper bracket pada 16 Disember ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+