M3: Navi Defender terkejut dengan prestasi RRQ Hoshi yang kurang memuaskan

Andriy “Defender” Martynenko adalah salah seorang pemain dari pasukan Navi dan memegang posisi sebagai EXP Laner.

Kekuatan beliau menggunakan Uranus sangat hebat untuk pasukan yang tidak mempunyai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) di negara mereka sendiri.

Menurut Defender, mereka tidak sempat melakukan sebarang scrim sebelum ini kerana semua pemain lebih fokus kepada permainan individu berbanding dengan pasukan.

Namun, beliau menyarankan agar pasukan yang lain scrim bersama RRQ Hoshi kerana menurutnya RRQ Hoshi adalah pasukan yang all out sepanjang scrim.

Selain itu, Defender juga terkejut dengan prestasi RRQ Hoshi di peringkat playoff.

Ini kerana, beliau percaya R7 adalah salah satu offlaner terbaik di dunia.

“Beliau seharusnya percayakan diri sendiri, lihat pada pasukan BTK. Mereka percaya dengan diri sendiri,” ujar beliau.

Pasukan Navi dari CIS mengejutkan ramai penonton di Kejohanan Dunia Mobile Legends M3. Mereka berjaya menewaskan pasukan tuan rumah iaitu RSG SG dengan skor 2-0.

Ini adalah debut pertama mereka di dalam Kejohanan Dunia dan mereka terus mempamerkan prestasi yang hebat ketika itu.

Walau bagaimanapun, Navi tewas di tangan Todak dengan skor 2-3 apabila pasukan Todak sudah membaca permainan mereka dan terus melakukan comeback dari skor 0-2.

Sumber: ONE Esports

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+