M3: Oheb yakin akan ke Grand Final untuk bertemu dengan salah satu pasukan dari Indonesia atau Filipina

Pasukan Blacklist International mendominasi kumpulan A dengan begitu mudah sekali. Mereka berjaya menewaskan pasukan Bedel, Red Canids dan juga Malvinas Gaming.

Pengalaman serta kemahiran mekanikal yang dimiliki oleh setiap pemain mereka sangat membantu memenangi perlawanan.

Menurut kenyataan pemain Blacklist, Oheb kepada media, dia sangat yakin dengan pasukan dari Filipina dan Indonesia yang akan menuju ke peringkat grand final untuk menentukan gelaran juara.

“Saya merasakan salah satu dari pasukan RRQ Hoshi, ONIC ID atau ONIC PH akan berjaya ke final dan bakal menghadapi Blacklist International,” ujarnya.

RELATED NEWS

+