M3: Pasukan dari Turki terpaksa menggantikan pemain jungler mereka

Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 hampir tiba dan Bedel antara pasukan yang akan bertanding di Singapura pada 6 Disember ini.

Malang sekali buat pasukan mereka apabila salah seorang ahli mereka iaitu Kazue disahkan positif Covid-19 sewaktu ujian PCR pra-penerbangan.

Oleh itu, mereka menggantikan posisi beliau dengan ahli kelima mereka iaitu Paranoid. Mereka kehilangan seorang jungler dari skuad utama untuk kejohanan berprestij ini.

Mampukah Paranoid melakukan yang terbaik untuk mengekalkan prestasi pasukan mereka? Kita bakal saksikan.

Kejohanan Dunia M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan wang hadiah terkumpul berjumlah AS800 ribu (RM3.3 juta).

Sumber: emak_moba

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+