M3: RRQ akan mengeluarkan full roster untuk lawan Team SMG – Acil

RRQ Hoshi adalah salah satu nama besar di dalam arena kompetitif Mobile Legends baik di Indonesia ataupun dunia. Juara MPL ID tiga kali ini mempunyai prestasi yang konsisten dan mereka juga layak ke Kejohanan Dunia M3 selepas tewas di tangan ONIC ID di MPL ID musim kelapan.

Sebelum ini, mereka pernah bertemu dengan Team SMG di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 dan menang dengan skor 2-0.

Dalam satu sidang media yang diadakan minggu lalu, Acil berkata, RRQ akan menggunakan roster penuh bagi melawan skuad dari Malaysia, Team SMG.

Menurut Acil, beliau hanya mengeluarkan barisan pemain trial saat menentang Team SMG ketika itu. Namun untuk Kejohanan Dunia M3 kali ini, beliau akan all out dan mengeluarkan barisan penuh pemain termasuk Clayyy dan Xinn.

Adakah Team SMG akan mampu untuk menundukkan RRQ Hoshi kali ini? Sasa juga akan turut bermain untuk perlawanan kali ini selepas beliau terlepas untuk turun padang di MPLI 2021 di atas faktor kesihatan.

RELATED NEWS

+