M3: “SaSa suka main MM, jadi kami ‘counter’ guna Bellerick,” – Onic

Pasukan Onic Esports dari Indonesia memilih untuk menggunakan Bellerick di side lane dalam perlawanan kedua ke atas Team SMG di pusingan penyingkiran kejohanan dunia MLBB, M3 sebentar tadi.

“SaSa menggunakan marksman jadi cara terbaik untuk counter adalah dengan menggunakan Bellerick yang juga counter kepada MM dan menjadi pemain tank kami,” kata Marsam Fakhre (Mars), jurulatih ONIC dalam satu temubual media hari ini.

Claude pula dipilih kerana hero itu berupaya untuk menjadi lebih kuat pada akhir permainan sekali gus memberikan kejutan kepada pasukan Team SMG.

Mereka juga mengatakan prestasi Lu Khai Bean (SaSa) sebenarnya bagus tapi sebagai pasukan, kurang menyerlah. Boleh dikatakan, SaSa adalah ‘kage’ yang bertemu dengan rakan ‘kage’ lain iaitu Drian.

Onic akan berjumpa Blacklist International dari Filipina pada esok.

Terima kasih kepada Team SMG kerana sudah membawa harapan Malaysia sejauh ini. Semoga mereka meningkatkan mutu persembahan lagi pada masa akan datang, terutamanya MPL MY musim ke-9 akan datang tahun depan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+