M3: Todak ‘outplay’ draft Onic antara punca kemenangan ke upper bracket

Jurulatih Todak, Hazim optimis dan yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk ‘outplay’ draft yang dikeluarkan oleh Onic Esports dalam perlawanan kumpulan B di peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3 hari ini.

Katanya, faktor utama kemenangan ke upper bracket itu adalah kejayaan Todak mengatasi draft Onic.

“Kami berjaya ‘outplay’ drafting dilakukan Onic yang membuatkan mereka sukar untuk bergerak. Jadi ini salah satu strategi,” katanya.

Danial Fuad atau Ciku pula berkata jika Chou diletakkan di Gold Lane pastinya menyukarkan permainannya sebagai WanWan namun sebaliknya, Onic meletakkan Yve.

Hazim juga menambah, pemain Onic keliru dengan draft yang dibawakan oleh Todak.

“Mereka cuba balas dengan Yve tapi kami memilih WanWan sekali gus mengejutkan mereka,” katanya.

Ciku dan Zikry (Moon) juga memuji gameplay dimainkan Sanz kerana dia antara pemain yang sentiasa optimis walaupun tertinggal di belakang.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Mari kita imbas kembali perlawanan dengan menonton video di bawah:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Hari ini adalah perlawanan Best of 1 yang mana ia menyaksikan wakil Malaysia, Todak berentap lawan Onic ID dan PH serta wakil Brazil, Keyd Stars.

Peringkat kumpulan akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket.

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+