M4 akan diadakan di Indonesia?

Kejohanan dunia M4 akan dijalankan pada 1 Januari 2023 dan sudah tentu ia menampilkan pasukan Mobile Legends terbaik dari setiap negara.

Para peminat Mobile Legends tertanya-tanya negara manakah yang akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan dunia itu.

Menerusi sebuah hantaran Instagram emak_moba, terlihat sebuah artikel daripada Esports Charts yang mengatakan kejohanan berprestij M4 akan diadakan di Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Kita dapat lihat dimana pada artikel yang pertama, ia menyebut bahawa yang Indonesia akan menjadi tuan rumah. Tetapi artikel yang kedua, menunjukkan bahawa potongan ayat itu sudah dibuang.

Boleh jadi maklumat yang diperolehi oleh Esports Charts itu adalah betul dan boleh jadi juga maklumat itu salah.

Apa pendapat anda?

RELATED NEWS

+