Selamat tinggal Falcon Esports..

Pasukan gergasi di Myanmar, Falcon Esports mengesahkan bahawa mereka akhirnya akan membubarkan pasukan itu sejurus selepas menyertai Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023.

Pengumuman itu dilakukan di Facebook pasukan itu pada Selasa.

Mereka mengucapkan selamat tinggal dan berharap bahawa semua pemain boleh melakukan perkara terbaik dalam setiap jalan yang mereka pilih.

Secara rasminya, pemain mereka iaitu Kenn, JustiN, Naomi, Zippx, RubyDD, yellowflash dan Silent menjadi free agent.

Terdapat beberapa khabar angin menyatakan bahawa beberapa bekas pemain Falcon Esports akan menyertai pasukan di MPL Indonesia.

Falcon Esports merupakan salah satu pasukan yang sentiasa memberi cabaran di pentas dunia.

Pencapaian pasukan itu termasuklah mencapai tempat kelima dan keenam pada kejohanan dunia M4 dan Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2022 di mana mereka menamatkan kedudukan mereka di tangga keempat.

RELATED NEWS

+