“MAB Esports akan cuba mendominasi peringkat separa profesional dulu,” – Sunfrost

Baru-baru ini, dua individu yang dikenali dalam e-sukan MLBB, Syed Fitri Abharshah (Sunfrost) dan Fikri Aiman Mohd Khidzir (Rain) menyertai MAB Esports.

Difahamkan, MAB Esports tidak sempat ke Liga Profesional (MPL MY) musim ke-11 namun kata Sunfrost, mereka punya perancangan tersendiri menuju ke musim seterusnya.

“Matlamat utama kami adalah membina sebuah pasukan yang kukuh dan stabil daripada kesemua aspek. Pemain, pasukan pelatih mahupun pihak pengurusan sehingga mampu menjadi pencabar pasukan-pasukan ternama di dalam arena MLBB Malaysia ini.

“Sebagai sasaran jangka panjang, kami mensasarkan kepada peringkat antarabangsa. Namun disebabkan kami tidak sempat menyertai MPL MY S11, kami akan cuba mendominasi peringkat separa professional terlebih dahulu.

“Jikalau berpeluang bersaing dengan pasukan professional pastinya kami cukup gembira untuk membuktikan sesuatu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Katanya lagi, bagi perancangan masa pendek, mereka cuba cari barisan pemain terbaik. Pemilihan dibuat secara merit keatas beberapa calon berpengalaman.

“Bagi fasa seterusnya, kami akan melakukan ‘scouting’ secara lebih terbuka untuk melihat bakat-bakat baharu dalam negara, memandangkan ramai yang mengatakan kita sudahpun mula ketandusan pemain berkualiti.

“Disamping itu, kami akan cuba menggengam pertandingan di Tier 2 ini sehingga ke kelayakan musim 12 nanti. Sekiranya kelayakan Sukan SEA dibuat sama seperti sebelum ini, pasti kami akan turut menyertainya kerana menjadi wakil Malaysia sememangnya sasaran utama MAB,” katanya.

@mabesports dalam banyak-banyak hero dekat Mobile Legends, Hero apa paling korang tak suka pakai? 🤔 #mabesports #maluapabosskuu #bringiton #mobilelegends #daretobegreat #fyp ♬ original sound – MAB ESPORTS

Bercerita mengenai peranannya, kata Sunfrost, dia akan menjadi penganalisis buat pasukan itu.

“Peranan khusus saya selaku penganalisis untuk MAB adalah merekodkan dan menyediakan seberapa banyak informasi yang boleh digunakan oleh jurulatih (Rain), baik didalam mahupun di luar permainan.

“Malah, saya akan membantu para pemain memahami permainan secara lebih terperinci,” katanya.

RELATED NEWS

+