Mari belajar genre permainan video: Roguelike lawan Roguelite

Karakter permainan video yang mati dan hidup kembali serta level yang muncul secara rawak adalah dua elemen paling penting di dalam permainan video yang digelar rougelike.

Anda mungkin pernah mendengar permainan seperti Hades, Splunky, Binding of Isaac, FTL dan pelbagai lagi permainan video genre ini.

Apa itu Rogue?

Genre ini bermula dari tahun 1980 dengan permainan video yang dibuat oleh programmer Glenn Wichman dan Michael Toy.

Permainan video ini dipanggil Rogue. Rogue adalah permainan video dungeon crawling yang memerlukan pemain untuk mengawal seorang pahlawan dan perlu mengembara di dalam dunia yang muncul secara rawak di dalam labirin yang digelar Amulet of Yendor.

Ciri-ciri permainan video ‘roguelike’?

Ciri-ciri ini merupakan ciri yang perlu ada untuk dikatakan sebagai permainan video ‘roguelike’.

1. Cara pergerakan

Roguelike akan menggunakan konsep bergerak dari ke atas, bawah, kiri atau kanan.

2. Kawasan yang rawak.

Jadi setiap kawasan baru yang muncul di dalam permainan video itu adalah secara rawak dan bakal memberi anda sesuatu untuk dihadapi.

3.  Konsep kematian kekal

Kemudian roguelike pula akan mempunyai kematian kekal. Iaitu anda perlu mula semula dari awal dan hilang semua barang dan senjata yang sudah anda gunakan.

4. Turn-based battle

Roguelike pula perlu ada turn-based battle. Maknanya berlawan mengikut giliran. Jadi permainan video seperti The Binding of Isaac boleh dikatakan adalah yang paling hampir dengan genre ‘roguelike’.

Di dalam Binding of Isaac, setiap bilik adalah rawak dan anda tidak tahu bilik seterusnya akan mempunyai raksasa atau harta karun.

Ini membuatkan setiap pusingan di dalam Binding of Isaac adalah unik dan sentiasa membuat anda mencari benda-benda baharu.

Kematian pula akan membawa anda semula ke tempat terakhir anda berada.

Jadi apa pula ‘roguelite’?

Roguelite adalah sesuatu permainan video yang menyimpang dari ciri-ciri asal permainan video ‘roguelike’ tetapi masih mempunyai sedikit ciri-ciri ‘roguelike’.

Kini datang Hades, permainan video roguelite yang telah banyak memenangi pelbagai jenis anugerah di dalam industri permainan video.

Hades menceritakan Zagreus anak kepada Hades yang ingin keluar dari Underworld untuk ke Mount Olympus.

Ia menjadi antara permainan video rougelite yang paling berjaya dan popular setakat ini.

Dari setiap kematian anda boleh naik taraf senjata dan status Zagreus untuk meneruskan perjalanan anda di dalam Underworld.

Setiap kematian akan membuat Zagreus lebih kuat dan sehingga anda cukup kuat untuk mengalahkan semua bos di dalam permainan video ini.

Hades sebenarnya adalah ‘roguelite’ dan bukannya ‘roguelike’ kerana Hades menggunakan cara berlawan ‘hack and slash’ dari menggunakan konsep turn-based battle.

Kesimpulannya, genre ‘roguelike’ dan ‘roguelite’ ini bakal berubah mengikut zaman dan penggunaan terma ‘roguelike’ hari ini lebih kepada satu perkataan yang memayungi genre ini untuk lebih mudah difahami.

Apa pendapat ada? Apa lagi permainan video roguelike mahupun roguelite yang telah anda main?

RELATED NEWS

+