Mari kita sama-sama doakan ZackXgaming sembuh seperti sedia kala

Zakhry Zainal atau lebih dikenali sebagai ZackXgaming adalah salah seorang streamer permainan peranti mudah alih popular, PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile. Beliau berjaya meraih 220 ribu orang pengikut setakat ini.

Mengikuti perkembangan terkini Zack, beliau disahkan mengidap penyakit Covid-19 tahap ketiga. Pengumuman ini dibuat dalam sebuah hantaran di laman sosial Instagramnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by zackxgaming (@zakhryzainal799)

Di dalam perkongsian itu, kelihatan Zack terbaring di atas katil hospital. Selain itu, paru-paru Zack sudah dijangkiti kuman dan beliau meminta semua orang untuk mendoakannya dan jika ada tips untuk melawan virus ini, boleh berkongsi tips tersebut dengannya.

Marilah kita sama-sama mendoakan Zack sihat seperti sedia kala dan disembuhkan dari wabak penyakit Covid-19 ini agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. In Shaa Allah.

Terdahulu, Zack sempat mengikuti jemaah Tabligh untuk keluar berdakwah selama 3 hari.

RELATED NEWS

+