Marky sudah berada di Indonesia, mungkin masuk Bigetron Alpha?

Prestasi Bigetron Alpha tidaklah bagus pada MPL ID S9.

Justeru, ini membuatkan pengasasnya, Starlest memikirkan pelbagai cara untuk menguatkan roster ini di MPL ID S10. Salah satunya adalah melakukan proses percubaan kepada pemain dari Filipina.

Baru-baru ini, Hades dan Toshi berada di Indonesia namun sepertinya kedua mereka tidak melepasi proses pemilihan itu.

Tapi dalam satu laporan media tempatan, katanya Marky dari ONIC PH akan mengikuti jejak langkah Kairi untuk bermain di Indonesia. Sebagai goldlaner, Marky pasti akan menguatkan roster BTR Alpha selepas Matt gagal menunjukkan prestasi baik.

Menguatkan lagi hujah ini apabila Marky kini berada di sana dan sudah menangkap gambar bersama CW dan jurulatih Yeb.

Adakah Marky akan bermain untuk Bigetron Alpha? Atau dia punya perancangan lain? Sama-sama kita nantikan.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+