barisan adiwira baru, Warriors of the Sky terdiri daripada adiwira dari rantau Asia Tenggara termasuk adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird khas untuk permainan mudah alih berbentuk fighting, Marvel Future Fight."> barisan adiwira baru, Warriors of the Sky terdiri daripada adiwira dari rantau Asia Tenggara termasuk adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird khas untuk permainan mudah alih berbentuk fighting, Marvel Future Fight." /> barisan adiwira baru, Warriors of the Sky terdiri daripada adiwira dari rantau Asia Tenggara termasuk adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird khas untuk permainan mudah alih berbentuk fighting, Marvel Future Fight." />

Marvel Future Fight: Kuasa Gabungan Adiwira Asia, Sky Kyrin Sertai Warriors of the Sky

Sebelum ini, Netmarble dan Marvel mengumumkan barisan adiwira baru, Warriors of the Sky terdiri daripada adiwira dari rantau Asia Tenggara termasuk adiwira berasal dari Malaysia bernama Sun Bird khas untuk permainan mudah alih berbentuk fighting, Marvel Future Fight.

Hari ini, Marvel baru sahaja mendedahkan satu lagi karakter baru yang akan sertai Warriors of The Sky iaitu dipanggil sebagai Sky Kyrin.

Sky Kyrin dicipta oleh seorang Celestial, seorang entiti berkuasa yang dikatakan paling awal wujud dalam sejarah komik Marvel telah mengembara ke bumi selepas manusia menghampiri kegagalan dalam peperangan War of the Dragons yang mengakibatkan raksasa buas berupa naga menjajah dunia-dunia di merata galaksi. Dengan Sky Kyrin, manusia dapat mengalahkan musuh naga sekaligus mengembalikan keamanan ke semua tempat. 

Setelah peperangan tamat, Celestial berkuasa ini memecahkan Sky Kyrin kepada empat entiti berlainan iaitu gabungan setiap kuasa daripada semua adiwira Warriors of the Sky – Blue Dragon (berupa naga), War Tiger (berupa harimau), Shadow Shell (berupa penyu) dan akhir sekali, Sun Bird (berupa burung sakti phoenix).

Kini, Sky Kyrin bakal dibangkitkan lagi sekali dalam Marvel Future Fight. Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi untuk kehadiran Sky Kyrin dalam permainan mudah alih ini.

Marvel Future Fight kini boleh dimainkan di Android dan iOS. Muat turun di App Store dan Google Play Store.

 

RELATED NEWS

+