MDEC Lancarkan Kelas Coding Online Percuma Untuk Kanak-kanak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan di Malaysia, semua sekolah telah ditutup. Dalam situasi ini, ramai ibu bapa risau tentang pembelajaran anak-anak dan juga masalah kebosanan di rumah.

MDEC kini telah melancarkan kempen Hour of Code yang bertujuan mengajar kanak-kanak pengekodan (coding) dan asas sains komputer secara dalam talian. Kempen ini berlangsung bermula semalam (1 April) sehingga 14 April ini.

Kempen ini terbuka kepada semua pelajar berusia 7 hingga 17 tahun. Terdapat tiga syarat yang diperlukan untuk menyertai aktiviti-aktiviti Hour of Code:

  • Capaian internet
  • Pelayar web
  • Komputer riba atau komputer peribadi atau peranti mudah alih

Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif #mydigitalmaker yang dimulakan oleh MDEC untuk melengkapkan masyarakat Malaysia dengan kemahiran digital. Sebelum ini, kempen tersebut telah pun dilakukan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia dan secara purata 10,000 pelajar di menyertainya setiap tahun.

Untuk menyertai kempen ini, ibu bapa dan anak-anak hanya perlu mendaftarkan diri di laman web My Digital Maker. Penyertaan adalah percuma dan kanak-kanak yang melengkapkan aktiviti-aktiviti yang disediakan akan memperoleh sijil penyertaan digital dari code.org (pengasas Hour of Code).

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini serta langkah-langkah untuk penyertaan, boleh rujuk di sini.

Foto: My Digital Maker

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+