Liga E-Sukan Malaysia (MEL) yang dianjurkan Esports Integrated (ESI) kini kembali untuk edisi tahun ini.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, ESI menyatakan terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile, FIFA 23, Mobile Legends dan VALORANT.
View this post on Instagram
Selain itu, liga negeri dijangka akan bermula pada 12 September hingga 29 September ini. Kesemua permainan dipertandingkan untuk liga negeri ini kecuali Dota 2 dan VALORANT untuk siri terbuka bermula 9 November ini.
Mereka juga akan menganjurkan kejohanan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Para MEL22 pada Disember ini.
Daftar sekarang di laman web ini.